Tuesday 29 November 2011

Khasiat Herba Semulajadi

Kali nie aku nak share sedikit maklumat tentang khasiat herba dan petua yang aku pernah baca dari buku...
Harap semua kawan2 dapat memanfaatkan dengan sebaik-baiknya....Kadang2 kita tak perasan ada tumbuhan yang hidup dipersekitaran rumah kita yang boleh dijadikan ubat atau penawar...Contoh2 nya macam nie.........................

Asam Jawa
  • Daun asam jawa dikatakan dapat menyembuhkan demam, gatal2, bisul, sakit kuning, sukar untuk tidur malam ataupun dijadikan sebagai ubat antiseptik.
  • Buah asam jawa pula dapat mengurangkan berat badan, sakit kerongkong, batuk, lemah badan, menyejukkan panas badan, sembelit, keracunan akibat alkohol, pitam dan mencegah dari mendapat kanser payudara.
  • Wanita hamil dilarang memakan mentah buah asam jawa kerana ia mengandungi sebatian asid entogenik yang boleh mengakibatkan keguguran.


      Lidah Buaya
      • Cecair atau lendir yang berada di bahagian dalam daunnya dipercayai boleh menyuburkan rambut apabila ia dilumurkan pada rambut kemudian dibalut dengan tuala basah. Lakukan selama tiga bulan berturut2 sewaktu hendak tidur.
      • Lendir ini jika disapukan pada bulu mata sebelum tidur ianya boleh melentikkannya dan boleh melembabkan serta melicinkan kulit muka. Lendirnya juga boleh mematikan pigmen hitam di muka di samping melindungi dari pancaran ultraviolet.
      • Lendir lidah buaya juga mampu mempercepatkan proses penggantian sel, mengelakkan jangkitan, merawat kudis, gatal2 dan menghilangkan parut. Sapukan lendir lidah buaya bersama garam di sekeliling bisul untuk meredakannya.
      • Jus lidah buaya atau selalu dipanggil jus aloe vera juga mampu mengawal tekanan darah tinggi, kencing manis, masalah jantung, luka dalam badan, buasir, sembelit, sakit sendi, ulser, masalah ginjal dan banyak lagi.
      • Wanita hamil ditegah meminumnya kerana ianya boleh mengganggu kesihatan kandungan.      
               

        Pinang        
        • Daun, sabut dan isi buah pinang boleh memutih dan menguatkan gigi. Caranya ialah dengan menghiris isinya nipis2 lalu dibakar. Setelah warnanya bertukar coklat kehitaman, tumbuk hingga menjadi serbuk. Dengan serbuk itulah dijadikan sebagai ubat gigi.
        • Untuk sakit pinggang, ambil sehelai daun pinang yang sudah dicuci kemudian tumbuk sehingga lumat dan dicampurkan dengan minyak kelapa atau minyak masak lalu dimasak di dalam kuali. Ianya baik untuk dijadikan minyak angin dan disapukan pada pinggang. Rebusan daunnya juga mujarab untuk cirit birit.
        • Penyakit kudis dan luka2 kecil caranya ialah dengan menggiling isi buah pinang hingga halus kemudian dicampurkan dengan air kapur sirih dan lumurkan pada bahagian yang sakit. 



          Bunga Matahari
          • Bunganya dipercayai boleh menurunkan tekanan darah tinggi. Bijinya mengandungi vitamin, fosforus, potassium dan protein. Apabila digoreng, dikatakan boleh mempercepatkan penyembuhan penyakit demam campak, melawaskan pembuangan air kecil dan mengubati penyakit radang buah pinggang.
          • Biji bunga matahari juga mengandungi minyak yang boleh dimakan yang baik untuk kesihatan jantung kerana kandungan lemak politaktepu yang tinggi dan baik untuk jantung.
          • Daunnya berguna bagi mencegah penyakit barah dan sakit sendi2 tulang. Caranya ialah lumatkan daun bunga matahari dan dilumur pada bahagian yang sakit. Akarnya pula dikatakan boleh mengurangkan batuk, kencing manis dan sebagai ubat julap serta membantu meredakan tekanan darah tinggi.
          • Sum2 atau cairan dari dalam batang dan pangkal bunga pula boleh menambahkan tenaga dan melancarkan sistem perkumuhan dalam badan terutama saluran air kencing. Oleh sebab itu, pengamal perubatan mempercayai sebatang pokok bunga matahari boleh meredakan penyakit kencing manis dan penyakit batu karang. Caranya ialah dengan mengambil batang dan akarnya kemudian rebus sehingga airnya sejat tinggal kira2 satu gelas sahaja. Airnya bolehlah diminum dan ulanginya selang dua atau tiga hari.
          • Wanita hamil ditegah meminum air rebusan pokok bunga matahari kerana ia boleh mengakibatkan komplikasi.

            

            Delima
            • Daunnya apabila direbus dengan air teh dan diminum mampu mengubati sesak nafas dan menghilangkan kegatalan di badan.
            • Segenggam daun delima, secubit halia dan isi buah delima apabila dilumatkan lalu diperah airnya dan diminum pada waktu pagi mampu mengubati demam.
            • Jika dikisar dan dilumatkan kulit buah delima serta isinya dalam dua tiga biji ia mampu mencegah penyakit kencing manis, mencuci perut, membunuh cacing dan meredakan cirit birit yang kronik termasuk cirit birit berdarah, buasir, bengkak usus, dan apa jua kesakitan di dalam perut.
            • Bagi melangsingkan tubuh pula, tumbuk lima biji isi buah delima hingga lumat, campurkan dengan air suam dan sedikit garam. Kemudian tapiskan dan minum setiap pagi selama seminggu. Rebusan daunnya juga boleh meredakan hipertensi.
            • Untuk penawar sakit keputihan pula, perlulah menjemur terlebih dahulu kulit buah delima hingga kering. Kemudian direbus dan minum bersama air suam dan satu sudu teh limau nipis.



              Belimbing Buluh
              • Daunnya apabila digiling halus dan dilumur, ia dapat menhilangkan jerawat dan melembutkan kulit di muka, sakit2 sendi serta panau. Jika direbus pula, ia boleh mengubati batuk, menurunkan tekanan darah tinggi dan pitam.
              • Bagi menghilangkan batuk, segenggam bunga belimbing buluh dicampur sedikit jus pegaga yang telah ditumbuk, dua biji bawang merah dan satu batang kulit kayu manis sebesar jari kelingking. Lalu direbus dan ditapis air rebusan itu. Kemudian minum dengan mencampurkan sedikit madu. Minum segelas, tiga kali sehari.
              • Untuk mereka yang menghidap penyakit seperti darah tinggi pula, petik tiga biji buah belimbing buluh. Potong kecil2 dan rebus. Minum air rebusannya selepas sarapan pagi setiap hari.
              • Bagi bayi yang diserang penyakit kuning pula dimandikanlah dengan air rebusan daun belimbing buluh untuk meredakannya.

                                          

                Kemboja
                • Kemboja dipercayai dapat mengubati secara tradisional bagi mengurangkan kesakitan akibat radang usus, mengatasi masalah pencernaan, jangkitan kulit, sembelit, sakit gusi dan penyakit busung air.
                • Walaupun begitu, bagi menentukan kuantiti bahan dan cara penyembuhan yang lebih berkesan, dapatkan nasihat dari pakar2 perubatan tradisional terlebih dahulu kerana pokoknya bergetah dan keseluruhan batangnya mengandungi plumierid yang pahit dan beracun.
                • Sepotong akar kemboja (10 gram), ambil kulitnya dan rebus dengan 3 gelas air dibiar surut menjadi 1/2 gelas, diminum sekali sehari untuk mengubati penyakit kencing bernanah (gonorrhea).
                • Untuk pemakaian dari luar, kulit kemboja boleh menyembuhkan sakit gigi, bisul, bengkak, atau pecah2 pada tapak kaki. Ia juga dapat mengurangkan kesakitan pada kaki yang tertusuk duri atau tulang. Caranya ialah dengan mengambil sepotong kulit pokok kemboja dan rebus sehingga mendidih. Kemudian rendam kaki yang mengalami bengkak2 itu kedalam air rebusan yang telah suam itu.
                • Bagi penyakit bisul, sapukan getah pokok kemboja pada sekeliling bisul dan biarkan ia kering kerana dapat mempercepatkan bisul tersebut untuk pecah. Getah ini juga boleh membantu menghilangkan kutil, puru dan ketuat.


                                     

                     
                  Bunga Rotan
                  • Bunga, daun dan akar bunga rotan yang masih segar atau yang telah dikeringkan berguna untuk mengubati pelbagai penyakit. Antaranya ialah untuk mencegah dan mengubati kanser kulit, bisul, kulit yang bernanah, luka tersiram air panas dan mengurangkan bisa gigitan ular. 
                  • Caranya ialah dengan menumbuk lumat bunga, daun dan akarnya lalu ditampalkan pada tempat yang mengalami kesakitan. Kajian mendapati ia juga mempunyai khasiat anti biotik, anti radang, menghentikan pendarahan (hemostatik), menghilangkan bengkak dan membersihkan darah.


                                                 

                  Bunga Butang
                  • Dalam kalangan pengamal perubatan tradisional, ia dipercayai berguna untuk menghilangkan batuk, mengurangkan penyakit asma dan melancarkan pembuangan air kecil. Selain itu, ia juga boleh menghilangkan panas dalam badan.
                  • Caranya ialah dengan merebus beberapa kuntum bunga butang segar dan diminum air rebusannya. Bunganya yang ditumbuk lumat juga baik untuk luka dan kurangkan bengkak.


                                               


                  Bunga Tasbih
                  • Khasiat bunga tasbih terletak pada bunga, akar dan batangnya. Sama ada yang masih segar atau telah dikeringkan. Ia dipercayai boleh mengubati darah tinggi, sakit jantung, keputihan, batuk berdarah dan menurunkan suhu panas dalam badan.
                  • Ianya juga boleh menghentikan pengaliran darah akibat luka, radang kulit bernanah dan merawat masalah jerawat. Caranya ialah dengan melumatkan akar pokok tasbih dengan sedikit tepung pulut dan air lalu ditampalkan pada tempat yang luka atau sakit. Amalan minum air rebusan umbi pokok tasbih pula mampu meredakan buasir.

                        
                                                 

                  Jarum Bintang Tujuh
                  • Amalan memakan daun pokok jarum bintang tujuh dipercayai mampu mencegah dari diserang penyakit kanser. Menurut pengamal perubatan tradisional, menjadi kepercayaan mereka apabila mengunyah daunnya sehari, khasiat dari daun tersebut boleh menjadi penawar bagi segala penyakit.
                  • Bagi meredakan penyakit kanser yang masih berada di peringkat awal, caranya ialah dengan memetik sepuluh helai daun tua yang masih segar lalu direbus dan diminum air rebusannya dua kali seminggu. Daun pokok dari bunga yang berwarna jingga atau merah adalah lebih baik dari bunga yang berwarna putih.
                  • Walaupun begitu, ada juga pesakit yang tidak serasi dengan cara ini kerana tidak tahan badan menjadi panas setelah meminumnya. Sebenarnya ini adalah kepercayaan yang disampaikan secara lisan turun temurun. Ianya belum dikaji lagi sepenuhnya secara saintifik akan keberkesanannya.
                  • Selain menyembuhkan penyakit kanser, air rebusan herba ini juga dapat melegakan lenguh2 badan, mengurangkan sakit kepala dan jika ia dimakan sebagai ulam atau bersama halia sebagai minuman ia dipercayai mampu meredakan penyakit gout.


                                   


                  Kembang Merak
                  • Rebusan bunga kembang merak ini dipercayai boleh menyembuhkan kekejangan akibat demam panas atau bagi menurunkan panas dalam badan.
                  • Untuk menghilangkan masalah kembung perut, daunnya ditumbuk halus bersama seulas bawang putih lalu dibalutkan pada perut.
                  • Wanita yang mengandung dilarang dari mengambil herba ini untuk perubatan kerana ia mengandungi bahan alkaloid yang boleh memudaratkan kandungan.


                                       


                  Pandan Tikus
                  • Khasiat pandan tikus amat terkenal di kalangan kaum wanita. Ini kerana akarnya baik sebagai ubatan tradisional iaitu untuk dijadikan ramuan ubat periuk bagi wanita yang baru bersalin.
                  • Akarnya yang telah direbus jika dicampurkan berserta bahan lain mampu mengecutkan rahim dan merapatkan peranakan. Oleh itu, selain digelar dengan nama pandan tikus ia juga dikenali sebagai pokok serapat.

                                        


                  Secotek Emas
                    • Secotek emas dapat mengecutkan saluran peranakan dan merapatkan pintu rahim serta mengembalikan rahim pada kedudukan asal. Di samping itu, dipercayai rebusan daun secotek emas juga mampu memecah lemak serta memotong kolestrol berlebihan dalam salur darah dan menghindari pengamal dari migrain serta angin akhmar.
                    • Air rebusan daun, batang dan buah secotek emas mampu menyembuhkan penyakit paru2 berair, sakit pinggang, mengurangkan keletihan dan mampu meningkatkan keinginan seks bagi pasangan suami isteri. Ia juga dipercayai dapat bertindak balas terhadap ransangan hormon lelaki.
                    • Daun secotek emas boleh dipetik dan dikunyah semasa lapar. Ianya juga boleh dikeringkan untuk disimpan agar tahan lebih lama. Apabila diperlukan, rebus daun kering tadi dan minum airnya bagi memulihkan tenaga.


                                      


                    Manjakani
                    • Manjakani boleh membantu wanita yang mengalami masalah penyakit keputihan. Caranya ialah dengan merebus enam biji manjakani bersama tiga helai daun beluntas dan sehelai daun tapak sulaiman. Rebus semua bahan ini hingga airnya berubah menjadi warna keperang-perangan. Kemudian tapis dan minum sekali sehari. Walaupun begitu, anda dinasihatkan supaya tidak menggunakan semula bahan rebusan yang disimpan dalam tempoh yang lama.
                    • Selain merawat masalah keputihan, manjakani juga boleh bertindak bagi mengeratkan hubungan seks antara suami isteri. Ini kerana manjakani bertindak sebagai astrigen iaitu memperbaiki tisu2 yang rosak atau kembang dengan cara mengurangkan lelehan mukus. Ia juga mampu memulihkan pengeluaran hormon, melancarkan darah dan memberi tenaga. Caranya ialah dengan merendam manjakani dengan dengan air suam lalu minum sekali sehari sebelum makan bersama sedikit madu.
                    • Manjakani bukan saja menjadi perhatian dalam rawatan dalaman, ia juga mampu merawat masalah luaran seperti luka, bisul atau kulit melecur. Caranya mudah, iaitu dengan mengasahkan manjakani pada  bahagian bawah pasu, kemudian campurkan sedikit air dan tampalkan pada bahagian yang sakit.




                    Kemangi
                    • Daun pokok kemangi dipercayai dapat mengubati batuk kerana ia bersifat narkotik ringan. Caranya ialah dengan meramas daunnya dan disapukan pada leher atau ambil lima hingga enam helai daun kemangi pada waktu pagi dan petang lalu dikunyah begitu sahaja.
                    • Kemangi juga mampu menyembuhkan selsema, resdung, asma dan membuang angin dalam badan. Caranya ialah dengan merebus daun kemangi lalu diminum air rebusannya sebagai tonik.
                    • Campuran kemangi, lada hitam, halia dan madu juga dipercayai mampu mengurangkan stress, tekanan darah tinggi, kolesterol dalam badan dan menstabilkan kandungan gula dalam badan. Amalan mengunyah daun kemangi juga menghilangkan nafas berbau.
                    • Bijinya apabila direndam ke dalam air akan mengeluarkan jeli yang bersifat diuretik, stimulan dan diaforetik. Bagi masyarakat India mereka mempercayai biji kemangi jantan yang telah direndam boleh mengubati penyakit usus dan sakit buah pinggang disamping merendahkan suhu badan.
                                                                
                                                   


                    Menjelai
                    • Herba menjelai boleh mengubati sakit kepala atau migrain. Caranya ialah keseluruhan pokok dibersihkan sebelum dicincang. Kemudian direndam dalam air panas. Setelah rendaman menjadi suam ia digunakan untuk memandikan pesakit sakit kepala.
                    • Menjelai juga mampu mengubati demam kuning iaitu dengan mengambil lima belas gram akar pokok menjelai dan rebus sehingga surut setengah. Kemudian tapis dan minum dua kali sehari. Pesakit perlu meminum banyak air kosong dan meneruskan amalan ini sehingga demam pulih sepenuhnya.
                    • Bagi mengubati sakit batu karang pula, ambil lima gram daun menjelai dan rebus seperti membuat teh untuk dijadikan minuman. Amalkan selalu hingga tiada lagi masalah batu karang. Bagi merawat jangkitan pada pundi  kencing atau kencing kotor pula, tambah jumlah daun yang direbus ke sepuluh gram agar ia menjadi lebih pekat.
                    • Untuk pesakit yang menghidap rheumatik, rebus tiga puluh gram buah menjelai tua yang keras sehingga air surut tinggal suku. Tapis dan minum sehingga habis sewaktu sakit. Petua ini mampu meredakan kesakitan akibat dari penyakit ini. Namun begitu, jangan gunakan rebusan yang disimpan lama dalam peti sejuk. Minum air rebusan baru sahaja.


                                     

                    Ketumpangan Air
                      • Ketumpangan air adalah herba yang tumbuh dikawasan lembab dan berlumut serta berbau seperti sireh. Ianya boleh dimakan sebagai ulam dan daunnya mempunyai bahan antibakteria.
                      • Ia dipercayai mampu menyembuhkan penyakit kulit seperti bisul, jerawat dan kulit akibat terbakar. Selain itu, ia juga dapat menyembuhkan penyakit gout, sakit sendi2, sakit batu karang dan sakit perut.
                      • Cairan batang herba ini mampu menyembuhkan rhumatisma, sakit mata, sakit2 pada abdomen, demam dan sakit kepala. Caranya ialah dengan memakan daunnya sebagai ulam, direbus ataupun dilumatkan lalu ditampalkan pada bahagian kulit yang sakit. Kaedah ini juga mujarab dalam menghilangkan gatal2 kulit dan meredakan sakit dari bisul.

                           

                      Kaduk
                      • Kaduk biasanya dibuat ulam dan dimakan bersama sambal belacan. Selain itu, daunnya juga boleh dibuat masak lemak. Air rebusan daun kaduk dipercayai boleh mengubati sakit pinggang, selsema, sakit kepala, hidung, telinga, ulser, demam malaria, batuk yang berpanjangan, bengkak hati serta merawat penyakit kecacingan.
                      • Apabila daunnya ditumbuk dan dilekapkan pada kepala ia boleh mengurangkan sakit kepala. Menurut pengamal tradisional India, daun Kaduk biasanya dijadikan serbuk dengan mencampurkan sesudu madu dan diminum setiap hari untuk menurunkan suhu panas badan. Serbuknya jika dicampur dengan susu lembu lalu diminum selama dua kali sehari dapat membuang angin dalam badan.


                                 


                      Duit-Duit
                      • Seluruh pokok duit2 berkhasiat sama ada dalam keadaan segar atau yang telah dikeringkan. Apabila direbus, air rebusannya dipercayai dapat menyembuhkan penyakit kuning, penyakit kelamin, masalah sembelit, batuk, keputihan bagi kaum wanita ataupun yang menghidap penyakit kencing bernanah.
                      • Untuk pemakaian di luar badan, ia dipercayai amat mujarab dalam menyembuhkan penyakit kulit seperti kudis dan kurap dengan menumbuk daunnya sehingga lumat lalu dilumurkan pada tempat yang sakit. Tanaman herba ini bersifat sejuk, beralkali, tawar dan anti toksik.


                                                 


                      Kurma
                      • Buah kurma kaya dengan pelbagai zat, galian, kalsium, zat besi, karotina, protein, vitamin, mineral, fiber dan pottasium. Amalan memakan buah kurma mampu mengelakkan diri dari penyakit keupayaan penghadaman, mencegah penyakit barah perut, osteoporosis, memberikan tenaga serta merta, membantu denyutan jantung agar kembali normal, mengaktifkan otak bagi para pelajar, menajamkan fikiran, membantu tumbesaran tulang dan menyihatkan badan.
                      • Selain itu, ia juga dapat mengubati penyakit insomnia atau gangguan tidur dan mengatasi masalah badan yang sering berpeluh. Buah kurma dapat membasmi cacing di dalam perut serta menjadi penawar bagi keracunan makanan.
                      • Kandungan fiber yang tinggi juga mencegah dari barah perut sementara kalsium yang tinggi perlu untuk menghindari lemah tulang terutama kaum wanita yang berumur. Pendek kata, buah kurmalah yang terbaik dan patut dimasukkan dalam diet seharian.




                      Kalau dah baca tu, terpulanglah kepada kawan2 semua nak cuba atau tidak...Sebab saya pon tak pernah cuba buat ubat tentang herba2 diatas...hehe...Kalau kurma dengan asam jawa tu pernah la...Semua ni saya baca dari buku mak saya iaitu " Herba Perubatan Tradisi Zaman Berzaman"...Just nak share ja...Mana nak tau kot2 kawan2 tak dak duit nak pergi hospital or klinik...So boleh cuba la cari herba2 tu ya untuk buat ubat.......

                      0 comments:

                      Post a Comment

                      Sila Tinggalkan Komen Maut Anda Disini!!!
                      Hahaha..

                      Baby Blue Snowflake