Monday 31 October 2011

The Power Of Love

When I feel the heat of sun,
It just want to say my heart is glowing,
This was because the power of love,
Now we are drowning into that reality,
Reality of love that we sharing together,

When I feel the aura of moon,
It light illuminate and give me serenity,
Just like the love you give me,
The power of love is powerful,
As long as you give your faith and loyalty...............

Kehadiran Cinta Nisa

Betapa bahagianya hidup nie bila aku dah bertemu sesuatu yang amat berharga...Aku harap perkenalan dengan si dia akan kekal selamanya...Di pagi raya yang amat sunyi dan sepi sekitar pukul empat pagi...Aku telah mengenali seorang insan yang bernama Anisa atau yang aku panggil Nisa ja...Aku berkenalan dengan dia kat facebook...Nisa merupakan seorang gadis yang baik dan cantik...Hehe..Kalau nak tau Nisa nie lain dari yang lain...Berbeza dengan gadis yang pernah aku kenal sebelum nie...Actually pada mulanya aku saja ja chat ngan dia kat facebook sebab dah memang tak ramai sangat orang online pagi tu...Jadi secara sengaja nama dia menarik perhatian aku dan jugak profile photo dia...Nisa Anisa tu lah nama dia letak kat facebook...Nama Nisa jugak merupakan nama salah satu surah dalam Al-Quran...Walau macam mana pon pada mulanya aku just tengok gambar dia ja tak bukak profile dia pon...Aku chat la ngan dia macam biasa...Rupa2 nya junior budak sekolah aku...Macam tak percaya ja kan...Lepas tu aku terus ja bukak profile dia...Kami teruskan chatting sampai ke subuh pagi raya...Sebelum aku sign out, aku sempat tinggalkan no phone aku kat dia berharap nanti dia mesej la...Boleh kenal dengan lebih dekat...Macam tak percaya ja sebab pagi tu memang dia betul2 mesej aku...Bila kenal punya kenal so kami pon jadi rapatlah...Sampai diistilahkan kami mempunyai hubungan yang teragak special...Hehe...Bukan hubungan sulit tau...Kalau nak tau Nisa lah kekasih hati aku dari dulu sampai sekarang...Dari start kenal pagi raya tu lah hubungan kami jadi special case nie...Walaupun kami tak pernah berjumpa lagi so aku tak kisah nak menunggu dia...Dia pernah cakap nanti habis SPM baru boleh jumpa...Tu bermaksud tahun depan la...Lagi pon payah sikit nak jumpa dia sebab family dia kurang bagi dia keluar and dia sendiri pon tak pernah keluar dengan lelaki...Kali nie lah baru aku nak katakan serius dalam hal2 cinta nie...Sebab ciri2 dia betul2 menepati apa yang aku nak...Walau macam mana pon aku harap sangat bila kami berjumpa nanti dia akan terima aku seadanya...Tapi ada benda yang aku selalu terpikir dalam fikiran nie...Aku rasa macam dia tinggi dari aku ja...Hurmmmm...Aku pon taktau nak cakap macam mana...Kalau dia tinggi dari aku...So kami nie sesuai ke tak???Walau macam mana pon aku harap yang hubungan kami nie akan berkekalan sampai bila2...Kalau ada jodoh takkan kemana kan...Selama kami kenal, dia banyak bagi aku inspirasi dan semangat dalam kehidupan aku...Kehadiran dia betul2 membuatkan hidup aku lebih bermakna and aku tak pernah rasa menyesal kenal dengan dia...Secara kebetulan jugak watak utama novel yang aku baca sekarang sama nama dengan dia...Novel tu bertajuk Tahajud Cinta Nisa...Macam tak percaya ja kan...Hehe...Lagi pon sekarang nie aku dah siapkan banyak benda yang special kat dia bila kami nak jumpa nanti...Aku harap nanti dia suka apa yang aku nak hadiahkan...Salah satu yang aku boleh bagi tau kat sini ialah aku sedang belajar membuat kek coklat sebab tu favourite dia...So nanti bila kami jumpa aku nak bagi dia rasa kek coklat yang aku buat...Tak sabar rasanya...Rasa gementar dan takot pon ada...Harap2 nanti dia suka la kan..........



Cinta Budak Ganu

Bila tengok ja statement kat atas nie mesti ada yang boleh agak dah kan...Sebenarnya cerita aku kali nie terjadi time aku dah masuk Uitm Merbok...Benda nie terjadi masa bulan Julai 2011 kalau tak silap aku la...Time nie kenapa entah aku macam desperate pulak nak bercouple...Maklumlah sebelum nie aku tak pernah bercouple jadi bila tengok member2 lain ada awek...Aku pon teringin jugak nak mencari sorang...hehe...Aku kenal dia melalui member sekolah lama aku yang belajar di politeknik yang sama dengan budak Ganu nie...Member aku lah yang bagi no phone aku kat dia...Budak Ganu nie yang hantar mesej kat aku dulu...Nama dia Mimi...Jadi aku pon berkenalan la dengan dia...Bila aku tengok dia kat facebook...Orangnya boleh tahan jugakla...Comel dan agak chubby sikit...Dia yang ajak aku couple dengan dia dulu and kenal hati budi...At first, aku teragak2 la jugak...Takot2 nanti aku tak serius plak...Sebenarnya jujur la aku cakap dia bukan taste aku...Oleh disebabkan aku agak desperate dah memang tak dak sapa nak kat aku...Jadi aku pon macam ok ja nak couple dengan dia...Actually hati aku macam 50/50 ja...Tapi belum cuba belum tahu kan...Hehe...Seminggu aku kenal dengan Mimi, dia yang rajin call aku...Dia ada suruh aku tukar ke Digi sebab nanti senang dia nak gayut dengan aku...Time nie lah perasaan aku macam terasa berbelah bagi ja...Aku nie dah la pengguna setia Maxis...Dah tu suruh tukar ke Digi plak...Lagipun baru ja kenal...Jadi aku cakap nantilah kat dia...And dalam masa yang sama jugak aku dah rasa macam nak putus ja dengan dia...Sebab entah kenapa aku tak boleh sayang kat dia...Ada dua hari jugaklah aku tak mesej dia...Lepas tu terus aku cakap kat dia yang aku sebenarnya dah suka kat orang lain...Padahal tak dak pon...Lagi plak dia duduk jauh and jumpa pon tak lagi dengan dia...Daripada aku terus berpura2 couple dengan dia lebih baik aku cakap ja terus terang yang aku nak putus...Aku tau benda nie mesti akan buat dia terluka...Tapi aku pon macam tak serius ja...Aku takut nanti suatu hari bila aku jumpa perempuan yang aku suka and pada masa yang sama jugak aku couple dengan dia...Tak ka tu dikira curang tak pon orang cakap playboy...Aku tak nak digelar macam tu...So bagi aku keputusan tu dah terbaik dalam hubungan kami...Bila aku mesej yang aku nak putus dengan dia, apa yang aku dapat ialah maki hamun balik...Aku mintak maaf kat dia...And aku harap nanti dia jumpa lelaki yang betul2 boleh sayang kat dia...Dia marah gila kat aku...Dia cakap takkan maafkan aku smpai bila2...Aku sedih betul dia cakap macam tu...Aku tau aku yang bersalah dalam hal nie...Seandainya aku tak terima nak couple dengan dia dari awal mesti takkan jadi macam nie...Tak dak niat langsung aku nak sakitkan hati dia...Semenjak hari tu kami memang tak pernah mesej dah...And aku pon dah block dia kat facebook aku...Bukannya aku benci kat dia tapi takot dia post yang bukan2 plak kat wall aku...Entah macam mana la kan dia sekarang nie...So adakah nie dipanggil couple ataupun kerana perasaaan aku yang desperate time tu.........

Kematian Alejandro

Actually aku nie pencinta haiwan2 di atas muka bumi Allah nie...Semuanya aku sayang termasuklah satu makhluk Allah ni yang dikatakan popular la jugak dalam kalangan manusia...Nak tau apa dia...Makhluk nie dari keturunan kucing...Maksudnya kucing la tu...Hehe...Aku ada la bela sekor anak kucing nie yang aku bagi nama Alejandro...Sebab kenapa aku bagi nama tu ialah time aku jumpa dia aku tengah dengar lagu Lady Gaga iaitu Alejandro...Tu yang bagi nama tu...Hehe...Aku jumpa dia terbiar sekor2 ja kat depan rumah orang pada waktu malam and mengiau2 plak tu...Aku jenis tak boleh sikit bila dengar kucing mengiau2...Aku secara automatik akan tercari2 kucing yang mengiau2 tu...So bila aku jumpa Alejandro...Aku pon bawak balik rumah...Aku jumpa anak kucing ni time bulan April 2011 dulu...Bila aku bawak balik rumah aku tengok comel gila kucing nie...Warna bulu dia hitam putih and aku rasa baru beranak ja sebab masih kecik lagi...Memang dia sekor ja sebab aku tak nampak pon anak2 kucing lain...Banyak kali jugak dia mengiau...Dalam fikiran aku time tu macam2 dok ada...Rasa kesian plak biar dia sorang2 and mesti dia tengah lapar...Jadi aku ambik keputusan nak bela...At first mak aku tak bagi sebab mak aku tak berapa suka sangat kucing...Mak aku risau nanti dia buat taik plak...Tapi abah aku suka kucing and haiwan2 lain...Maybe aku mewarisi sifat sayangkan makhluk Allah dari abah aku kot..Hehe..Walau macam mana pun lepas pujuk punya pujuk last2 mak aku bagi la...Tapi aku yang kena jaga...So hari berikutnya aku pergi kedai dengan mak aku pergi beli sangkar untuk Alejandro...Selain tu aku jugak beli botol susu, pasir and tempat buang taik kucing...Aku betul2 jaga Alejandro dengan baik semenjak hari tu...Hampir setiap hari aku bagi mandi dia...Aku lapkan dia bagi kering and aku letak bedak bagi wangi...Aku selalu main2 dengan dia...Aku jaga dia macam ahli keluarga aku sendiri tau...Maklumlah aku nie kan anak tunggal...Tak dak adik beradik so anak kucing la tempat aku bermain2 and bermanja2...Memang pelik sikit la perangai aku nie...Tapi aku tak kesah orang nak cakap apa sekali pon sebab makhluk Allah nie sepatutnya disayangi...Memang lincah dan jinak betul Alejandro nie...Dia jugak kuat makan...Tapi yang sedih sangat ada satu peristiwa yang berlaku pada satu malam...Sampai sekarang aku masih ingat...Masa petang kejadian tu berlaku, aku baru balik dari Alor Star...Bila sampai rumah and masuk bilik, aku terus terlelap sebab terlalu mengantuk...Sebelum aku tido aku ada lepaskan Alejandro dari sangkar dia and aku lupa nak letak dia balik dalam sangkar dia...Bila aku tertido petang tu, aku tak sedar Alejandro pon ikut tidur dengan aku sekali kat atas katil...Bila aku tersedar aku tercari2 Alejandro...So aku pergi bukak lampu bilik...Bila aku toleh ke belakang and tengok kat atas katil...Ya Allah...Aku betul2 terkejut sangat...Aku tengok Alejandro dah mati...Aku betul2 tak sedar langsung bila masa aku tertindih atas Alejandro...Memang betul tido mati aku nie...Tapi aku betul2 tak sengaja and tak dak niat langsung aku nak bunuh dia...Aku menangis teruk malam tu kat depan Alejandro yang dah tak bernyawa tu...Perasaan aku dah tak terkata dah malam tu...Aku betul2 rasa bersalah yang teramat sangat...Time aku sedar tu pukul 1 pagi lebih...Jadi aku terus ja bungkus mayat Alejandro dengan kain cadar aku tempat dia tido...Aku peluk dengan penuh rasa sayang aku kat anak kucing tu...Tanpa pengetahuan mak, aku capai kunci motor and letak Alejandro kat dalam bakul...Aku bawak dia kat satu sungai dekat area Amanjaya...Sepanjang jalan aku betul2 rasa bersalah and menangis...Hanya Allah jalah yang tau perasaan aku time tu...Bila sampai ja kat sungai tu, aku peluk bungkusan mayat Alejandro dengan erat...Seandainya aku tak lepaskan Alejandro petang tu mesti dia masih hidup sekarang...Seribu penyesalan kat atas diri aku nie tentang kejadian tu yang aku masih ingat sampai sekarang...Dengan perasaan berat hati, aku pon hanyutkan bungkusan yang berisi anak kucing kesayangan aku tu ke sungai....Aku harap air sungai yang sejuk dan tenang tu dapat menyejukkan hati Alejandro untuk memaafkan aku di atas kesilapan yang aku buat.........



Sunday 30 October 2011

Persahabatan Atau Percintaan

Cerita nie aku nak bagi tau tentang sedikit kenangan bersama seorang perempuan yang bernama Eira masa sepanjang kursus penerbangan di Transair Academy...Seperti yang aku cerita sebelum nie, Eira jugak merupakan salah seorang penuntut di Transair Academy...Sepanjang seminggu kenal dengan Eira, dia memang seorang yang peramah dan pemurah...Hehe...Maklumlah suka belanja orang makan walaupun baru kenal...Ada satu hari tu dia bawak aku dengan Azam pergi berjalan2 and makan2 kat Batu Feringgi...Dia bawak kami naik teksi ja...Semua dia support...Aku sesen pon tak bawak keluar...Lagi pon dia yang cakap nak belanja...Dia kata tak pa sebab dulu dia pernah bekerja dekat salon...Dia kata dia tak kisah habiskan duit dia untuk kawan2...Bertuah sapa dapat kawan macam nie...Malam pulak dia ajak aku jalan2 dengan Azam dekat padang kota...Naik teksi lagi...Dah la mahal...Lepas tu dia jugak ada beli macam2 kat aku...Berapa ribu agaknya dia bawak...Malam tu jugaklah dia luahkan satu perasaan tentang diri dia kat aku...Perasaan tentang apa...Private la tak leh gitau..Hehe..And aku jugak sempat kenal dia dengan lebih dekat lagi pada malam tu...Selain tu kami bertiga ada bergambar sama2 dekat padang kota tepi laut pulak tu...Indah and sayu betul malam tu...Bayu laut membuatkan aku rasa tenang sangat dan bebas dari masalah buat seketika...Kami jugak balik agak lewat pada malam tu...Kami jugak ada exam masa hari2 last sebelum kelas tu cukup selama satu minggu...Masa malam sebelum hari exam memang gila2 la punya aku study untuk subjek penerbangan tu...Sampai ke pagi aku tak tido...Dalam masa yang sama Eira jugak ada hantar mesej kat aku suruh pergi bilik dia sembang2 dengan dia dalam pukul satu pagi macam tu lah...Dia kata tak boleh nak tido...Aku cakap la kat dia yang aku tengah study...So dia terus ja ajak aku study ngan dia kat bilik dia...Tapi aku tak pergi pon...Aku cakap la aku ngantok sangat...Kalau aku pergi tak ka bahaya...Dia tu dah la perempuan...Kalau aku study kat sana pastu plak tertido kat bilik dia...Mampos aku nanti tak pasal2 esok pagi kena tangkap buat maksiat plak...Selepas ja seminggu dari kursus penerbangan tu aku tetap contact dengan Eira...Ada sekali tu dia antar mesej nak couple dengan aku...Tapi aku tolak dengan alasan aku pon dah ada yang punya hanya sekadar nak lepaskan diri ja...Azam pon ada cakap kat aku yang Eira nie nak sangat couple dengan aku...Azam la yang kata sebab Eira mesej dengan dia...Aku pon taktau sebab apa Eira nie nak couple dengan aku...Banyak lagi lelaki kat luar sana yang hensem2...Aku yang tak hensem nie jugak dia pilih...Hehe...Lagipun dia nie free hair and suka pakai seksi2...Nanti apa plak kata orang kalau aku couple dengan dia...Tapi bukan nie bermaksud aku benci or tak suka kat dia...Aku cuma anggap dia sebagai kawan ja and tak lebih dari tu..........

Satu Persahabatan Yang Hilang

Pada bulan Januari 2011 ada berlaku satu pergaduhan antara aku dan kawan aku...Sapa lagi kalau bukan si Farhan tu...Benda nie jadi time kami sama2 pergi ke Transair Academy kat Penang untuk mencari ilmu dalam bidang penerbangan nie...Kiranya nak jadi pramugara la...Tapi pramugara nie tak sesuai untuk aku sebab tinggi tak cukup..Hehe..Dia nak 165cm ke atas ja...So aku berminat la dengan lagi satu job nie iaitu ticketing...Dengar kata kerja ticketing nie just jaga kat kaunter and bagi ticket kat pelanggan...Nampak ja mudah tapi tak sebab kalau kita tersilap tak pasal2 kita sendiri kena bayar...Kalau macam pramugara dah semestinya lah kena pandai cakap English...Kalau pandai cakap bahasa lain lagi bagus...Pada mulanya aku tak jadi pergi sebab tak dak duit...Tapi lepas2 dipujuk oleh Farhan dan jugak seorang lagi best frenz aku yang namanya Azam...Aku pon ikut jugaklah sebab tak nak lah member2 aku ni kecik hati pulak...Bab duit semua Azam yang belanja...Yuran masuk dia dua ratus ringgit...And kelas dia selama satu minggu..Ha'..Lupa plak nak cerita pasal Azam nie...Dia nie member aku...Kiranya rapat jugak la...Kalau kat sekolah dia mesti nak selalu mai sembang dengan aku walaupun kelas kami tak sama...Dia kelas Bakeri and aku plak Pengurusan Perniagaan...Memang rapat dengan dia sejak dari form 4 lagi masa aku duduk asrama...Dia baik and lain dari yang lain sikit...Perangai dia kadang2 pelik...Pelik cam mana???Ha' mana leh gitau nanti disabitkan kesalahan sebab memburuk2 kan member sendiri plak...Ok aku teruskan ja dengan cerita aku...Bila kami pergi kat sana tak sangka jugak Abu Bakar ikut sekali atau orang panggil dia Burn...Dia ni kelas Pengajian Makanan Teknik...Lepas habis ja taklimat first kat Transair Academy tu kami semua pon berangkat ke rumah tumpangan yang kami sewa kat area Komtar...Time nie jugaklah aku mula kenal dengan seorang perempuan yang bernama Tahirah atau yang kami semua panggil Eira...Eira nie budak baik, cantik and agak chubby sikit...Pemurah jugak orangnya sebab sepanjang seminggu kami kenal, dia suka belanja kami semua makan...Banyak betul duit dia maybe dia anak orang kaya kot...Eira nie jugak budak Transair Academy...Macam tak percaya ja kami tinggal satu rumah tumpangan...Tapi bilik tak sama la...Bukan ja dia sorang yang tinggal sekali dengan kami sebab ada lagi dua orang budak perempuan...Budak Transair Academy jugak...Sorang nama Hafiza sorang lagi nama apa tah...Semuanya lepasan SPM tau...Malam pertama kat sana aku and member2 keluar jalan2 kat Komtar...Time tu lah kenapa aku tengok Farhan tiba2 rapat semacam ja dengan Burn...Macam buat tak tau ja kat aku...Lagipun si Farhan ni la yang beria2 ajak aku mai sini...Boleh plak dia buat macam tak mau cakap dengan aku lepas jumpa Burn...Jadi malam tu aku jalan dengan Azam jalah...Nasib baik Azam nie setia kawan dengan aku...Kalau tak aku sorang2 jugaklah malam tu...Aku dengan Azam balik dulu ke rumah tumpangan baru depa berdua tu balik...Eira dengan dua orang lagi kawan dia tu hilang entah kemana..Pergi shopping kot..Haha..Hari besok start nak pergi kelas, aku tak berapa cakap sangat dengan Farhan tu...Sama la jugak dengan Burn...Aku siap nak pergi dulu dengan Azam naik motor...Aku bengang jugak la sebab dua orang tu kata tak nak naik dengan kami...Farhan kata nak jaga rambut dia nanti tak elok la...Lagi la bertambah bengang aku nie ditambah dengan hal malam semalam...Bukannya sampai kat Transair Academy nanti tak boleh buat rambut...Pergi jalah tandas nanti bila sampai kat sana...Last2 depa berdua tu suruh aku dengan Azam pergi dulu...So dengan senang hati and ditambah dengan perasaan marah aku terus ja angkat tayar blah dari situ...Depa kata nak jalan kaki jalah...Lepas ja separuh jalan aku dengan Azam naik motor...Secara tiba2 aku rasa bersalah plak buat macam tu kat depa...Dah la depa tu bukan tau jalan sangat kat Penang nie...Aku boleh plak biar depa jalan kaki...Nanti sesat pulak pastu lambat sampai kelas...Jadi aku cuba buang ego aku...Dengan perasaan bersalah aku terus ja patah balik nak jalan kaki sekali dengan depa...Bila sampai kat depan rumah tumpangan, aku tengok depa dah tak dak...Rupanya depa dah pergi dah pon...Puas kami cuba cari satu sama lain kat area Komtar tu...Azam call depa suruh jumpa kat satu tempat tu...Tapi kami tak jumpa pon...Aku agak dah mesti depa dah sesat...Calling punya calling tengok2 depa dah sampai dulu kat Transair Academy sementara aku dengan azam pulak yang sesat...Puas kami cari jalan dekat sejam la jugak..Dahla kelas start pkul sembilan pagi...Lagi lah buat aku bertambah bengang kat depa berdua tu...Tapi last2 sampai jugak la sebab kami tanya arah kat orang2 tepi jalan...Bila sampai aku rasa macam tak mau masuk ja...Yalah sepatutnya aku dengan Azam yang sampai dulu tapi depa plak yang sampai dulu...Azam tetap pujuk aku suruh masuk...So kami masuk kelas and aku tak pandang langsung kat depa...Semenjak hari tu lah hubungan aku dengan Farhan tak berapa baik dalam satu minggu kat sana...Ada satu hari tu aku sedih la jugak sebab depa asyik keluar berdua ja...Nasib baik Azam ada temankan aku...So aku ambik keputusan nak balik ja rumah and tak mau pergi lagi dah kelas...Tapi niat aku terhalang sebab Azam yang pujuk aku...Siap merayu2 lagi jangan balik and dia cakap akulah kawan dia sorang...Kalau aku balik dia cakap nanti dia tak dak kawan...Muka dia gelabah semacam ja aku tengok bila aku kalut2 nak balik...Kesian jugak aku kat dia...So aku batalkan ja niat aku sebab nak jaga hati dia and sebab dia sorang jalah aku kat sana...Kalau tak aku dah lama blah...Actually aku jugak dah kemas barang dah time tu...Sebelum Azam pujuk aku, Farhan dengan Burn ada sekali...Farhan boleh ja selamba cakap kat aku...Kalau nak balik tu balik la elok2...Yang tu ja cakap and aku ingatkan dia nak pujuk aku macam Azam...Lagi bertambahlah bengang aku...Dalam hati aku memang dah agak dah yang dia memang nak aku blah...Menyesal plak aku masuk Transair Academy nie...Kadang2 aku terpikir...Aku nie jealous ke kat Farhan nie bila dia ada kawan baru...Rasanya memang ya...Maybe sebab aku dah anggap dia macam best frenz aku sangat2...Bila dia ada kawan baru yang rapat aku boleh plak jealous...Patut ka aku buat macam tu...Apa kena dengan aku nie...Semenjak hari tu kami memang tak bercakap langsung sampailah sekarang...Tapi dalam hati aku sekarang nie sebenarnya ada niat lagi nak bercakap dengan dia...Masalahnya ego aku terlalu tinggi and payah sekali nak mengalah...Lagipun aku nie jenis yang suka dipujuk and cepat marah orangnya...Maklumlah aku nie kan anak tunggal...Walau apapun berlaku siapa yang salah sebenarnya nie.......

Saturday 29 October 2011

Perginya SPM Munculnya Persahabatan

Setiap orang mesti perlukan kawan termasuk jugak aku...Tanpa kawan pasti aku akan rasa kesunyian dan keseorangan ibarat bunga tiada kelopak...Cewah ayat...Sebenarnya kat sekolah aku nie jenis pendiam sikit, serius dan bukanlah peramah...So aku tak ramai kawan sangat...Tapi kali nie aku nak cerita tentang kisah aku dengan sorang kawan rapat aku...Nama dia Farhan...Dia kelas Bakeri...Sebenarnya aku kenal dia lama dah sejak dari form 4 lagi...Cuma kami tak berapa rapat sangat time form 4...Bila masuk form 5 time minggu nak abih SPM secara automatik plak aku boleh rapat dengan dia...Dia nie budak baik ja and hampir sama kepala otak dgan aku...Sebab dia suka main game aku pon suka main game...Kiranya lepas SPM jadi rapat sangat lah dengan dia...Hampir setiap malam aku tumpang tido kat rumah dia...Memang rapat macam kawan lama dah and best gila dapat kawan macam dia nie...Bila tido kat umah dia kadang2 kami pergi cyber cafe sampai pukul dua tiga pagi baru balik hanya sebab main game...Tak pon tengok movie kat rumah dia dengan Badrul...Dah macam orang bujang plak dah...Yang mengejutkan jugak dia couple dengan budak kadet polis yang aku suka tu...Itu bermaksud best frenz aku couple dengan budak yang pernah aku suka dulu la...Dahsyat gila tu...Macam tak percaya ja...Ada satu hari tu aku pergi teman dia dengan si budak kadet polis tu kat Centre Square (CS)...Buat apa lagi kalau bukan pergi dating...Nasib baik Farhan tu best frenz aku...Jadi aku pon lupakan jalah kisah lama tu...Tak nak ingat dah...Buang jauh2...So aku dengan budak kadet polis tu cakap macam biasa jalah...Tapi oklah kan dia bawak mmber dia sorang...Ada jugak teman kalau dua orang tu pergi dating nanti...Kawan budak kadet polis tu ok ja...Baik orangya...Nama dia Alia...Sementara tunggu best frenz aku pergi dating kami pun ambik masa berkenal2...Tanya2 la apa yang patut...Actually aku pon segan jugak...Tapi aku beranikan diri aku ja...Aku ajak dia pergi karoke...Favourite aku tu...Suara dia nak kata sedap...hehe...tak boleh nak dikatakan la...Lepas2 pergi karoke kami semua berjumpa balik kat depan cinema sebab nak tgok wayang...Hari tulah first time aku tengok wayang...First time plak tu tengok dengan perempuan...Sepatutnya first time nie tengok dgan awek sendiri...Ni tak tengok dengan orang yang tak dak kaitan langsung dengan diri aku nie...Tapi yang bestnya filem kat cinema tu la...Hantu Kak Limah Balik Rumah tulah filem yang kami tengok..Hehe..Best gila cerita dia...

Secret Admirer

Cerita nie jadi time aku form 5 SMT Teknik Sungai Petani 2...At first memang aku tak percaya sebab mana mungkin ada perempuan minat kat aku kan...Tapi memang betul ada perempuan minat kat aku...Actually ada dua secret admirer aku...Hehe...Yang first nie member aku sebenarnya...Nama dia Nadira...Aku kenal dia masa aku duduk asrama time form 4...Kira aku rapat la jugak dengan dia...Dia selalu lepak dengan aku kat depan surau dengan member2 yang lain...Kadang2 bila aku pergi mana2 mesti dia nak ada dekat dengan aku...Ada satu kali tu mak aku mai sekolah nak hantar makanan sambil2 nak jumpa member2 aku...Ada ka patut dia boleh lari pulak and sempat lagi intai2 dari jarak jauh...At least jumpalah mak aku dulu...Bila masuk time form 5, lagi la bukan main siap calling2 aku...Tanya khabar la...Dah makan ka belum...Dalam hati memang dah agak dia mesti sangkut dengan aku...Bila aku nak balik umah dia siap ligan aku sampai pondok pakgad lagi nak mai sembang dengan aku...Ishhhh...Payah betul nak jumpa perempuan yang bersungguh2 macam nie...Tapi walau apa pun dia bukan taste aku...Lagipun dia nie tinggi sikit dari aku...Orangnya nak kata cantik biasa ja...Tapi dia nie memang peramah and suka luah masalah dia kat aku......And satu lagi ada satu hari tu dia mai kat kelas aku...Rupanya datang nak bagi kek kat aku...Maklumlah budak Bakeri la katakan...Tapi aku tak makan...Nak tau sebab apa???Takot silap2 haribulan jadi pak turut plak...Kenapalah sampai sejahat macam tu aku berfikir...Walau apapun sebagai lelaki aku kena berhati2 jugak...Bukannya apa zaman sekarang nie bukan boleh percaya sangat...Lagipun mak aku sendiri suruh berhati2 dengan perempuan and jangan cepat terima barang dari orang yang suka kat kita...Tambah2 yang makanan...Apa pun no coment ok...Aku hanya ikut nasihat mak aku ja...Tapi aku tak buang kek tu...Aku bagi kat member aku Ammar dengan Fazilah...Ammar kata tak kisah...Dia kata Nad pon Nad lah...Kalau Fazilah pulak..Errrkkkk...Aku taktau..Hahaha..Sebelum nie jugak dia pernah bagi aku surat...Surat pertama dia bagi aku baca and dia cerita masalah dia kat aku dalam surat tu...And then aku simpan surat tu tapi sekarang hilang entah kemana...Surat yang kedua tulah dia luahkan yang dia suka kat aku lama dah...Dia ajak aku jumpa dekat koridor belakang kelas aku...Aku bagi balik surat tu...Aku cakaplah aku anggap dia sebagai kawan ja tak lebih dari tu...Tiba2 muka dia lain macam ja...Aku ingat dia nak menangis rupanya dia marah gila kat aku...Dia boleh siap tumbuk aku lagi...Tumbuk kat bahu la...Ganas gila dia nie...Lepas tu dia boleh plak tumbuk kat dinding tu...Boleh siap buat gengster lagi tunjuk kat aku...And terus dia lari masuk kelas dia...Agak lama jugak la dia tak cakap dengan aku...Bila jumpa aku dia boleh buat muka macam nak belasah aku ja...Seram tengok...Seingat aku la dekat2 nak SPM baru dia cakap baik pulak dengan aku...Dan lepas tu hubungan kami tetap sebagai kawan...Cuma sekarang nie aku taktau mana dia menghilang...Ha' lagi satu cerita tentang secret admirer aku...Cerita nie berlaku time form 5...Seingat aku dalam bulan September macam tu la...Aku tau nie dari member aku Mazni...Mazni cakap ada surat untuk aku...Dia cakap junior dia yang bagi...Aku tanya sapa dia...Dia kata nama junior tu....Secreto de amor la...Mana leh gitau..Hehe..Dia cakap kelas katering...Jadi aku pon bacalah surat tu...Dalam surat tu junior tu cakap dia minat kat aku...Dia kata aku nie memberi inspirasi kat dia...Tiba2 ja aku rasa excited pulak nak kenal dengan dia...Mana tau kot2 dia cinta sejati yang aku cari selama nie...So aku mintak kat Mazni facebook junior tu...Hidup aku happy sangat sebab dapat chat dgan dia kat facebook...Masalahnya aku tak pernah jumpa and tengok dia lagi...Jadi teringin sangat nak jumpa junior aku nie...Walau apapun sampai sekarang tak berjumpa...Just chat kat facebook ja...Walau apapun dia ada letak gambar dia kat facebook sekarang nie...Bila aku tengok dia...Sejuk ja mata memandang...Cantik dan comel orangnya...Kalau nak tau dialah sumber inspirasi aku menjadi blogger nie...Sebab dia pon blogger jgak...Tapi kami dah tak rapat sangat dah sekarang...Kalau dulu selalu chat dekat facebook...sekarang tak lagi dah...Cuma ada la sekali tu aku tgur dia kat facebook...Dia macam tak mau chat ja...Last dia sms kat aku dia cakap yang dia takkan mesej orang yang dah couple...Tu prinsip dia...Walau macam mana pun aku faham la sekarang aku dah berpunya tapi takkanlah aku nak tegur dia sebagai kawan pon tak boleh...Hmmmm...Complicated betul la..........

Cinta Bertepuk Amai-Amai

Setiap manusia tu mesti pernah jatuh cinta kan...Tidak dinafikan lagi sama la jugak macam aku...Malangnya yang sedih sangat cinta aku ditolak...Tiga kali cinta aku ditolak...Yang seorang budak SMK Taman Selasih iaitu budak sekolah lama aku...Aku suka kat dia sejak dari form 2 lagi...Orangnya hitam manis...Nak kata cantik..Entahlah..Lagi pon aku suka kat dia sebab cara dia sopan sangat and lemah lembut...Tu yang buat aku tertarik...Tapi dia buat tak layan ja...Sampai aku cakap aku suka kat dia...Dia macam tak sudi ja...Rupanya dia dah ada yang punya...Lepas ja masuk SMT Sungai Petani 2 time form 4...Masa nie lah aku jumpa lagi dua orang tu...Yang sorang tu anak warden asrama...Aku kenal dia bulan January 2010...Dia cantik, pandai and selalu giat dalam semua aktiviti...Sebab dia ada semua pakej lengkap ni lah yang aku nak kat dia...Memang tak sedar diri kan aku...Aku try mintak no phone dia melalui kawan aku...Aku nak mintak sendiri segan plak...Last2 dia suruh member dia hantar no phone kt kelas aku...Rasa kelakar la pulak...Yang sorang lagi plak budak kadet polis...Dia nie pon cantik sebab bermata sepet macam anak cina and garang jugak orangnya...Aku kenal dia pon masa bulan June 2011 bila kami berebut nak ambik majalah sekolah...Marah betul aku kat dia...And semenjak hari tu jugaklah dia selalu tegur aku...Entah kenapa daripada meluat tengok dia boleh jadi suka plak...Aku kenal anak warden tu dulu...Lepas tidak dilayan baru kenal budak kadet polis nie...Dia pon menolak aku jugak...Lastly dua2 reject aku...Dah rasa macam diri ni tak laku plak...Macam apa lagi buat malu diri sendiri ja...Bukan orang suka pon...Lagipun semuanya berlaku time persekolahan kan...Walau apapun sedih sangat sampai menitiskan air mata mengalahkan orang yang bercouple padahal baru jatuh cinta ja pon...Uhuk2...Kenalah cermin diri nie sikit........

Friday 28 October 2011

Budak Blogger Baru

Assalammualaikum...kepada semua blogger2 yang ada...Aku budak baru kat sini...Tak berapa pandai sangat nak buat blog2 nie...Minat aku datang untuk buat blog adalah inspirasi dari seorang kawan...Kawan aku nie budak perempuan...nama dia secret la..hehe..Aku tau dia ada blog dari facebook dia la...Bila aku bukak facebook dia, macam tak percaya ja...Rupanya pandai buat blog dia nie...Dari situ lah aku tiba2 ja berminat plak nak buat blog...Tapi baru sekarang ada masa...Sebelum nie minat la jugak tapi semangat nak buat buat tu tak dak...And sekarang nie aku harap kepada blogger2 kat alam maya nie dapat bantu aku dalam buat blog2 nie...Aku kadang2 pon pening jgak...Apa gunanya blog2 nie...Tempat untuk meluahkan perasaan ke?Or nak menceritakan tentang diri seseorang tu???Tak pon nak cerita kisah hidup dia...Walau apapun mesti ada kegunaan lain untuk blog nie kan..Misalnya boleh ke nak promote barang2 untuk dijual kat sini...Or nak cerita tentang sesuatu isu yg berlaku dari dalam dan luar negara...Hurmmmmm...Excited plak rasanya............
Baby Blue Snowflake