Sunday 30 October 2011

Persahabatan Atau Percintaan

Cerita nie aku nak bagi tau tentang sedikit kenangan bersama seorang perempuan yang bernama Eira masa sepanjang kursus penerbangan di Transair Academy...Seperti yang aku cerita sebelum nie, Eira jugak merupakan salah seorang penuntut di Transair Academy...Sepanjang seminggu kenal dengan Eira, dia memang seorang yang peramah dan pemurah...Hehe...Maklumlah suka belanja orang makan walaupun baru kenal...Ada satu hari tu dia bawak aku dengan Azam pergi berjalan2 and makan2 kat Batu Feringgi...Dia bawak kami naik teksi ja...Semua dia support...Aku sesen pon tak bawak keluar...Lagi pon dia yang cakap nak belanja...Dia kata tak pa sebab dulu dia pernah bekerja dekat salon...Dia kata dia tak kisah habiskan duit dia untuk kawan2...Bertuah sapa dapat kawan macam nie...Malam pulak dia ajak aku jalan2 dengan Azam dekat padang kota...Naik teksi lagi...Dah la mahal...Lepas tu dia jugak ada beli macam2 kat aku...Berapa ribu agaknya dia bawak...Malam tu jugaklah dia luahkan satu perasaan tentang diri dia kat aku...Perasaan tentang apa...Private la tak leh gitau..Hehe..And aku jugak sempat kenal dia dengan lebih dekat lagi pada malam tu...Selain tu kami bertiga ada bergambar sama2 dekat padang kota tepi laut pulak tu...Indah and sayu betul malam tu...Bayu laut membuatkan aku rasa tenang sangat dan bebas dari masalah buat seketika...Kami jugak balik agak lewat pada malam tu...Kami jugak ada exam masa hari2 last sebelum kelas tu cukup selama satu minggu...Masa malam sebelum hari exam memang gila2 la punya aku study untuk subjek penerbangan tu...Sampai ke pagi aku tak tido...Dalam masa yang sama Eira jugak ada hantar mesej kat aku suruh pergi bilik dia sembang2 dengan dia dalam pukul satu pagi macam tu lah...Dia kata tak boleh nak tido...Aku cakap la kat dia yang aku tengah study...So dia terus ja ajak aku study ngan dia kat bilik dia...Tapi aku tak pergi pon...Aku cakap la aku ngantok sangat...Kalau aku pergi tak ka bahaya...Dia tu dah la perempuan...Kalau aku study kat sana pastu plak tertido kat bilik dia...Mampos aku nanti tak pasal2 esok pagi kena tangkap buat maksiat plak...Selepas ja seminggu dari kursus penerbangan tu aku tetap contact dengan Eira...Ada sekali tu dia antar mesej nak couple dengan aku...Tapi aku tolak dengan alasan aku pon dah ada yang punya hanya sekadar nak lepaskan diri ja...Azam pon ada cakap kat aku yang Eira nie nak sangat couple dengan aku...Azam la yang kata sebab Eira mesej dengan dia...Aku pon taktau sebab apa Eira nie nak couple dengan aku...Banyak lagi lelaki kat luar sana yang hensem2...Aku yang tak hensem nie jugak dia pilih...Hehe...Lagipun dia nie free hair and suka pakai seksi2...Nanti apa plak kata orang kalau aku couple dengan dia...Tapi bukan nie bermaksud aku benci or tak suka kat dia...Aku cuma anggap dia sebagai kawan ja and tak lebih dari tu..........

0 comments:

Post a Comment

Sila Tinggalkan Komen Maut Anda Disini!!!
Hahaha..

Baby Blue Snowflake