Saturday 29 October 2011

Secret Admirer

Cerita nie jadi time aku form 5 SMT Teknik Sungai Petani 2...At first memang aku tak percaya sebab mana mungkin ada perempuan minat kat aku kan...Tapi memang betul ada perempuan minat kat aku...Actually ada dua secret admirer aku...Hehe...Yang first nie member aku sebenarnya...Nama dia Nadira...Aku kenal dia masa aku duduk asrama time form 4...Kira aku rapat la jugak dengan dia...Dia selalu lepak dengan aku kat depan surau dengan member2 yang lain...Kadang2 bila aku pergi mana2 mesti dia nak ada dekat dengan aku...Ada satu kali tu mak aku mai sekolah nak hantar makanan sambil2 nak jumpa member2 aku...Ada ka patut dia boleh lari pulak and sempat lagi intai2 dari jarak jauh...At least jumpalah mak aku dulu...Bila masuk time form 5, lagi la bukan main siap calling2 aku...Tanya khabar la...Dah makan ka belum...Dalam hati memang dah agak dia mesti sangkut dengan aku...Bila aku nak balik umah dia siap ligan aku sampai pondok pakgad lagi nak mai sembang dengan aku...Ishhhh...Payah betul nak jumpa perempuan yang bersungguh2 macam nie...Tapi walau apa pun dia bukan taste aku...Lagipun dia nie tinggi sikit dari aku...Orangnya nak kata cantik biasa ja...Tapi dia nie memang peramah and suka luah masalah dia kat aku......And satu lagi ada satu hari tu dia mai kat kelas aku...Rupanya datang nak bagi kek kat aku...Maklumlah budak Bakeri la katakan...Tapi aku tak makan...Nak tau sebab apa???Takot silap2 haribulan jadi pak turut plak...Kenapalah sampai sejahat macam tu aku berfikir...Walau apapun sebagai lelaki aku kena berhati2 jugak...Bukannya apa zaman sekarang nie bukan boleh percaya sangat...Lagipun mak aku sendiri suruh berhati2 dengan perempuan and jangan cepat terima barang dari orang yang suka kat kita...Tambah2 yang makanan...Apa pun no coment ok...Aku hanya ikut nasihat mak aku ja...Tapi aku tak buang kek tu...Aku bagi kat member aku Ammar dengan Fazilah...Ammar kata tak kisah...Dia kata Nad pon Nad lah...Kalau Fazilah pulak..Errrkkkk...Aku taktau..Hahaha..Sebelum nie jugak dia pernah bagi aku surat...Surat pertama dia bagi aku baca and dia cerita masalah dia kat aku dalam surat tu...And then aku simpan surat tu tapi sekarang hilang entah kemana...Surat yang kedua tulah dia luahkan yang dia suka kat aku lama dah...Dia ajak aku jumpa dekat koridor belakang kelas aku...Aku bagi balik surat tu...Aku cakaplah aku anggap dia sebagai kawan ja tak lebih dari tu...Tiba2 muka dia lain macam ja...Aku ingat dia nak menangis rupanya dia marah gila kat aku...Dia boleh siap tumbuk aku lagi...Tumbuk kat bahu la...Ganas gila dia nie...Lepas tu dia boleh plak tumbuk kat dinding tu...Boleh siap buat gengster lagi tunjuk kat aku...And terus dia lari masuk kelas dia...Agak lama jugak la dia tak cakap dengan aku...Bila jumpa aku dia boleh buat muka macam nak belasah aku ja...Seram tengok...Seingat aku la dekat2 nak SPM baru dia cakap baik pulak dengan aku...Dan lepas tu hubungan kami tetap sebagai kawan...Cuma sekarang nie aku taktau mana dia menghilang...Ha' lagi satu cerita tentang secret admirer aku...Cerita nie berlaku time form 5...Seingat aku dalam bulan September macam tu la...Aku tau nie dari member aku Mazni...Mazni cakap ada surat untuk aku...Dia cakap junior dia yang bagi...Aku tanya sapa dia...Dia kata nama junior tu....Secreto de amor la...Mana leh gitau..Hehe..Dia cakap kelas katering...Jadi aku pon bacalah surat tu...Dalam surat tu junior tu cakap dia minat kat aku...Dia kata aku nie memberi inspirasi kat dia...Tiba2 ja aku rasa excited pulak nak kenal dengan dia...Mana tau kot2 dia cinta sejati yang aku cari selama nie...So aku mintak kat Mazni facebook junior tu...Hidup aku happy sangat sebab dapat chat dgan dia kat facebook...Masalahnya aku tak pernah jumpa and tengok dia lagi...Jadi teringin sangat nak jumpa junior aku nie...Walau apapun sampai sekarang tak berjumpa...Just chat kat facebook ja...Walau apapun dia ada letak gambar dia kat facebook sekarang nie...Bila aku tengok dia...Sejuk ja mata memandang...Cantik dan comel orangnya...Kalau nak tau dialah sumber inspirasi aku menjadi blogger nie...Sebab dia pon blogger jgak...Tapi kami dah tak rapat sangat dah sekarang...Kalau dulu selalu chat dekat facebook...sekarang tak lagi dah...Cuma ada la sekali tu aku tgur dia kat facebook...Dia macam tak mau chat ja...Last dia sms kat aku dia cakap yang dia takkan mesej orang yang dah couple...Tu prinsip dia...Walau macam mana pun aku faham la sekarang aku dah berpunya tapi takkanlah aku nak tegur dia sebagai kawan pon tak boleh...Hmmmm...Complicated betul la..........

0 comments:

Post a Comment

Sila Tinggalkan Komen Maut Anda Disini!!!
Hahaha..

Baby Blue Snowflake